Sunday, December 20, 2009

De Templer De Greato

Aku kuar makan lg dgn budak rumah aku. Mcm biasa. Tetiba aku nak makan masakan Cina. So ape lg. Yg terlintas kat kepala otak aku mase tu ialah DE TEMPLER!!! Yup!! Restoran Muslim Cina yg menyajikan makanan yg sedap2 belaka.

So ape lg. Korang saksikan sendiri makanan2 yg aku order di mana aku rase akan menggajahkan aku lg lepas nie. :(.









Little REUNION

Mlm Jumaat yg lepas aku berkumpul dgn bebdak BFs aku mase kat MRSM dulu. Aku rase dh lebih 6 bulan x jumpa diorg. Walaupun kami nie xde la jauh sgt but aku tak tau nape susah benar nk jumpa.

Pada mlm tu jg aku nonton citer kat HBO pasal Sisterly Travelling Pants. Mcm mengena je dgn hubungan aku dgn BFs aku. Sbb kesibukan dan life masing2, kami makin menjauh. Huhu.

Namun, aku bersyukur. Pertemuan kami kali ni tidak mengubah kemesraan yg kami ada selama nie. Kami masih x berubah. Masih seperti dulu. Riang. Gurau. Gelak tawa. Masih utuh.

Korang, aku tau dh lame kita x hangout. Tp ikatan kita masih utuh. Jgn risau ok. We still have each others.





Belut di Pavi

Euuuwww....aku mmg x leh nak pegi dgn belut. Bile sebut pasal belut ja aku akan terbayangkan binatang yg licin n berlendir...huhuhu...

Nape tetiba aku sebut pasal belut eh? mcm nie citer dia. Aku mmg x begitu fave dgn masakan jepun terutama skali SHUSHI. I cant go la. Bau ja buat tekak aku kembang. Huhu. Maaf.

Korang mesti tau kan. Kat restoran Jepun ade jual SHUSHI belut tau. Jgn plak korang heran. Dlm byk2 kwn aku yg dtg makan aritu, yg paling RAJA BELUT ialah SI HAIRI...aiyooo...siap dilawa aku lg. Aku kata xnak, dia lg lawa. Bengong punye budak. Hehehe.





Nota kaki: Gmbr2 yg songsang tu mmg saje aku buat. Hehehehe. Bg korang pening skit.

Friday, December 18, 2009

Diari SEMALAM

Kali ni aku nak citer ape yg berlaku semalam. Pnuh dgn kisah. Walaupun kerja aku agak la serius namun kehidupan aku x pnah kering dr drama2 dan emosi.

Kisah semalam bermula:
1. Aku dpt PRIME (performance point) aku dr mgr. Alhamdulillah. Kali ni aku berbangga dgn diri aku sendiri. The result was beyong my expectation. Im so proud of myself. GEMBIRA x terhingga.

2. BONUS aku masuk. Yup...seperti yg dijangka. BONUS aku lebih dr RM10K. Alhamdulillah. Syukur pd Allah. Memberi aku rezeki yg halal dan diberkati. AMIN.

3. Impression dr pihak atas terhadap aku begitu memberangsangkan. Aku gembira bila aku dihargai. Aku akan buat yg terbaik utk tahun depan.

4. Kekasih comelku dh selesai dibaiki. Hurmm...mcm tau2 ja BONUS masuk. So melayang la duit aku RM600. Xpe. Utkmu syg, aku lakukan apa saje. Plan nak tint dia hari ni di BROTHERS Wangsa Maju. Budget: RM800.

5. Spend mase dgn org tersayang di One Utama. Makan di Chillis and tgk wayang kegemaran dia, ZOMBIELAND. Seronot!! Yeay!!

6. Bermain dgn anak2 kucen aku yg begitu somel!! geram tgk diorg. Rasa nk geget ja.

Wednesday, December 16, 2009

Kekasihku Meretak

Alahai....sungguh sdih dan sayu aku. Mengapa ia harus terjadi padaku? Selama ini kau begitu cantik...elegan...dan gah di mataku...namun...semalam.....kau berubah....kau berubah sekelip mata....aku menanges...aku merintih....di mana silapnya.....owh....aku bisu tanpa jawapan...

Best x dialog monolog aku tue? hahaha. sure ko tertanya2 nape la aku ni sungguh la kejiwangan kan. Mcm nie citer dia. Semlm, mcm biasa aku pi opis n park keta aku kat parking biasa. Dgn girang hati aku masuk opis tanpa rasa gusar.

Tgharinya lpas staff meeting, aku n team member aku nak pi Bank Pembangunan. Tetiba mataku tertumpu pd sesuatu di keta ku lalu aku menjerit. "WAH!!!!! CERMIN KETA AKU CRACKED!!!!!". Punya la aku bebel n konpius mcm mane leh ade crack tu. Pg td xde. Hurm. Yg paling bestnya, crack dia cantik bentuknya...mcm corak la plak. nak kate kna batu xde la plak kesannya.

Disebabkan itula, aku terpaksa amik emergency leave arini. Nak tukar cermin. Mase aku update blog nie aku tgh menunggu dgn gigihnya di Perodua Servis kat Taman Keramat. X tau la bape kna bayar. Hopefully x payah la. X sampai dua tahun tau pakai keta nie.

Itula keta aku. Ni ha ce korang tgk retakan dia.,..somel kan...leh menang gmbr terbaik nie...hahahaha....(mode: nak sedapkan jiwa raga yg sedih merintih hiba ini)

Sunday, December 13, 2009

Memori aku dgn Handphone

Posting kali nie aku nak korang tahu bape byk phones yg aku dh gunapakai. Bermula dr phone yg pertama sampai la skang nie. Saksikan evolusi aku dgn handphone-handphone aku.....

1. Phone yg aku memula pakai ialah SAGEM!!! Mase tu kire besar gak la phone tu. Berat pn ade gak. Kalu nak cas bateri sure guna standing charger tue.



2. Ni phone aku yg ke-dua. Aku beli bile dpt duit pinjaman pelajaran MARA. Mase tu phone nie tgh HOT. Aku beli pn sbb malu nk pakai SAGEM besar tue. Hehehe.


3. Nila plak aku beli sbb nak try pakai flipped phone. Merasa la jg aku pakai dlm 6 bulan mcm tue. Aku jual phone ni kat kwn aku. Suka bnor dia dgn phone nie. Mengiau2 dgn aku sejak memula aku tunjukkan phone aku nie.


4. Lepas aku jual phone atas nie. Aku beli phone ni plak. Mase tu org tgh sibuk dgn phone yg ade color display dia. Aku pn cuba la. Lame gak aku pakai. Setahun lebih. Last2 aku bg kat Kakak aku sbb dia xde phone mase tu. Sbb kasihkan Kakak aku relakan je. FOC tau!!

5. Phone ni pengganti phone atas. Saje nk pakai flipped phone balik. Rindu katanya. Phone ni pn same kes dgn atas. Aku kasi kat Kakak aku. Memula aku nak jual. Pastu dia kate syg. Bg kat dia. Dia beli. Sekali, x payah bayar. FOC lg!! seronok la kakak aku tue.

6. Mase ni aku mmg tgh meroyan nak pakai PDA. Melilau2 aku tgk org pakai PDA. Aku pn nak cuba satu gak. Yela. Nak sesuaikan dgn profession aku katanya. Nak lebih organised. Mcm2 la alasan aku bg nak beli phone nie. Sekali.....hambik ko!!! x sampai 6 bulan aku jual sbb x leh pi la dgn PDA ni. BERAT nak mampos. SCREEN kecik giler. Membuang duit aku ja. Review kate tiptop la ape la. Yg aku geram. Aku beli dgn RM3.2K sekali aku jual RM1.2K. Setgah harga pn x lepas ko tau. PADAN LA MUKA AKU!!!! Nak eksen lg kan....

7. Setelah aku kecewa dgn Tytn 2, aku beralih ke NOKIA balik. NOKIA gak yg best. Aku try gna phone nie. Aku masih ade lg phone nie. Syg weh phone nie. Best!!! Plan aku utk phone nie, aku nak bawa balik kg n nk soh kakak aku beli dgn harga RM400. Korang rase ok x harga dia? No FOC kali nie. Manyak cantik dia FOC lg.

8. Ni adik beradik phone atas. Cuma dia nie touch screen. Aku mmg suka touch screen. Phone nie aku mmg suka. Suka sesgt. Tp malangnya, aritu ade rosak. X bleh nak ON. Aku anta repair under warranty. Lame dol nak nunggu. So aku terpaksala beli phone nokia ni. BACK TO BASIC katanya!!! hahahaahaha. Aku kna gelak dgn kwn2 aku. Memula tu malu. Tp lame2 aku suka plak. Yg bestnya...ade TOUCHLIGHT!!! Gempak giler doh...


9. Mase aku jenjalan tgk phones kat Pertama Kompleks (saje je jenjalan...nak tgk phone baru), perhatian aku tertacap kat phone nie. Dh la somel. Best plak tue. Mase aku try guna phone nie, trus aku jatuh cinta. So ape lg, swipe la kad aku. Hiks. Phone atas NOKIA tue, aku jual kat Kakak aku dgn harga RM80. Hehehe. X sampai 2 minggu guna. Hiks.


So inila kisah aku dgn phones. X pasti lpas nie nak pakai ape plak. So far aku nak stay dgn phone ni dulu. Nak pi anta centre dia dulu. Nk upgrade ape yg leh upgrade. Ade gak prob phone nie. Tp xde la major sgt. Light2 je.
Secara konklusinya, AKU NI GILE GADGET!!!! Bukan saje phone, LAPTOP pn aku giler. HAHAHAHAHAHA!!!

Saturday, December 12, 2009

KL - Kemunting - KL

Post kali bukan kisah aku naik bas ke Kemunting. Tp konvoi bebdak UiTM aku ke Kemunting Perak. Masa perjalanan adalah 3 jam pergi saje!!! Dalam keta aku ade Huda and Apek. Aku jd pemandu pergi. Apek akan jd pemandu balik. Begitula pengaturannya.

Aku ke Kemunting dgn hajat nak tunaikan jemputan kahwin kwn aku bernama Rosmiza. Kawin jg dia akhirnya. Ramai gak ngikut kali nie. Dalam 5 keta. Yg bestnya....semua naik MYVI!!! yeay!!! Kire ni konvoi MYVI la jg. Mesti berbangga si Perodua melihat kereta2 nya menapak gagah di lebuh raya PLUS itu. :)

Selain menunaikan undangan org, aku n d fwens pi ke Hospital Besar Kemunting utk melawat ayah kpd kawan aku (Fifi). Ayh dia dh 23 hari masuk hospital. Kna lung infection. Sian aku tgk dia. Aku x leh lame kat stu. Sdey doh. Terigt arwah atuk aku. Huhuhu.

Ikutkan perancangan Apek pandu keta aku ke KL. Huda plak tlah memalingkan kesetiaannya (nak nynayi lagu kesetiaan nyanyian Sarah). Dia pi ngikut keta Miza plak. Hurmmm. Mmg ko kan Huda. Lupa daratan. Hiks. Nway, diorg singgah melawat tapak berak diorg di Kuala Sepetang. Nak makan mee udang BANJIR katanya. Pelik gak nama dia. Katanya sedap. Tp aku n Apek x dpt nak ngikut sbb kami ade plan mlmnya. Korang mkn on behalf jela eh. Aku tau tombolok korang cukup utk mkn 50 pinggan. Hahahaha. Larik!!!

Berbalik pd perancangan sape yg pandu balik KL, setelah aku meneliti cara pemanduan Apek, aku telah mengubah keputusan. Elok la aku pandu. Sian plak dia terkulat2 nak pandu. Katanya, "Aku x pnah bawa keta org selama nie. Nak2 plak Myvi. First time nie. Nurveous mcm first time bawa keta". A'ah yela tu Apek oi. Layan jela. Akhirnya aku yg pandu. 3 jam lg!!!! Mampos kaki n ponggong aku. Apek sedap giler tdo. Huhuhu. Aku pecut 140km/j je. Lantak la. Nak sampai KL cepat. Hehehe.

Itula kisah aku hari ni. Gambar2nya aku akan upload lpas bebdak ni upload dlm FB diorg. Kalu x tag aku, siapla korang!! :)

Wednesday, December 9, 2009

GEDEBUS!!!!!

Mengong x tajuk posting aku kali ni? (sila jawab dlm hati. Aku x perlukan jawapan secara verbal. Mcm tue skali. Hiks)

Last Saturday aku pi Sg Genting. Cadangan awal nak ke Ulu Yam, skali terbabas ke Sg Genting. Itu semua idea Mama Ila. Layan jela. Aku jd penumpang ke hormat. Yg memandu kwn aku namanya Affa. Si Hairi jd co-driver. A'ah co-driver la sgt. Suka bnor mengganggu aku sdang dilamun mimpi. Buas sungguh si Hairi nie. Takut doh. Dlm keta pn jd rimau. X larat aku nak layan dia.

Sesi kami bermandi-manda dan bergelak jenaka.

Mama Ila yg begitu gigih menyediakan makanan bakar utk kami semua. Mekacih ye MAMA. Hiks

Nila dia kanak2 yg paling la nakal n buas. Susah tul nak jaga depa nie. Termengah2 kami membelanya.

Tengok saje karenah mereka ini. Ni pn selepas kna jeritan petir soh kuar dr air. Kalu idak, berendam berjaman la diorg nie.

Ko rase apela yg diorg ni sedang bincangkan sehingga kpala pn leh dihentak2. Hurmmm..... Suspicious...

Comel kan si kecik ni. Memula malu, skali dh knai, tgk muka aku je trus gelak siap mimik balik ape aku ckp. eeee... geram tau!!

Nila kengkawan aku yg sedang sibuk bergossip pasal batu2 yg ade kat situ. Tajuk gossip: Nape batu itu ade di situ. Bleh x? Konpius aku jap.

Muka aku yg baru je lpas berendam..dh mcm anak gajah aku tengok...menggerunkan......

Aku, Serius dan Gila-gila

Semalam aku terdetik. Adakah aku seorg yg serius?

Aku: Dear, I bukan xnak jd serius. Kalu I serius, sure you rase bosan and kite x ceria.

Kawan: AJ, bukan pe. Serious is really not you! Just not you.

Aku tergumam sekjap. Betul ke diorg ckp? Sejak dr situ aku asyik terfikir. Dari Lanai sampai la ke rumah. Otak aku berputar-putar mencari jawapan. Siapakah aku?

Maybe ade betul dan tidak betul pasal telaahan kawan aku tu. Aku ni bergantung pd crowd ketika itu. Jika aku di kalangan kengkawan, aku akan jd gegila. Perangai ntah ape2 ntah. Aku suka ceriakan suasana. Aku x suka kpd pergaduhan. Suasana yg tegang. Mahupun suasana janggal. Itu aku!!!

Namun, jika di pejabat. Ketika aku sedang membuat diskusi, pembentangan dan melontarkan idea2, aku akan serius dan komited. Aku x suka kpd kerja sambil lewa. Tidak serius ketika menjalankan tugas. Itu aku!!!

Pernah kawan aku yg lain menegur,

Kawan: AJ, you kalu buat kerja mmg serius tau. Takut plak I nak tegur you.

Aku rase aku ni ade two personalities dan aku bangga menjadi diri aku sendiri. Yg penting, aku selesa dgn diri aku sendiri. Tak perlu berpura-pura. Tak perlu menyeksa diri. Aku adalah AKU!!

Monday, December 7, 2009

Ais krim.....kring!!!.....Ais krim.....kring!!!

Sedap kan kalu makan aiskrim. Korang suka aiskrim tak? Aku ni hantu aiskrim. Mmg x leh jauh dgn ais krim. Kekdg tue kalu sampai gila aku dtg, aku bleh panggey pakcik yg jual aiskrim naik motor tu dtg umah aku n aku borong paling kurang RM20. Gile x? Mmg aku giler kan?

Lg satu. Kucen aku, si Kenji tu, kalu dapat aiskrim mcm manusia aku tgk. Terkejar sane sini mengejar aku yg sedang bawa aiskrim. Mcm org gila mati anak tau. Kalu dpt aiskrim, aku pn x diendahnya!! Wah!!!

Aku xde la segila org nie. Sampai poket2 pn ade aiskrim. :)

"Papa, Kenji nak aiskrim!!"

Korang sanggup tak makan aiskrim. Jap2 aku nak pengsan jap....ok dah sedar balik. Hahahaha...:)

Hari ni je aku dh makan 4 batang aiskrim. Sedap giler. Mmg puas!! Tp kan yg x bestnya......berat badan aku la naik....menci!!! menci!!!

Sunday, December 6, 2009

Bihun ayam oooooo bihun ayam!!!

Korang rase lapar tak bile baca tajuk post aku kali nie? Weh!! lap air liur tu. Siot la ko pi leleh kat page aku ni nape? nak kne belasah ke dgn aku? hiks....:)

Kisah dia mcm nie. Aku dan kengkwn BNM aku nak ke Ulu Yam arini. So aku dh janji nak masakkan bihun goreng dan ayam masak merah. Susah payah aku masak kali nie. Ade kisah best mase aku masak kali ni.

Korang nak tau. Mase aku tgh syok memasak, tetiba kuali aku x panas. Aku tgh nak goreng bunga lawang dan kayu manis. Aku pn garu kpala. Nape la tetibe x panas nie. Aku kacau2 kuali aku dgn harapan bahan td tergoreng. Bodoh gak aku ni. Mane la bleh digoreng kalu GAS KO DH ABIS!!! Betul!! Rupa-rupanya gas masak aku dah abis. Ish2. Menggelabah cicak la aku. Mane la nak cari gas masak nie. Mase tu jam 3.oo pg!! Aku pn call la member aku yg ade buka kdai makan. Nasib baik la ade. Tp jauh giler. Bygkan aku memandu dr Taman Permata ke Taman Kosas Ampang. Gile babing tol aku nie. Aku x kisah yg ptg aku dpt masak. Sian plak kwn2 aku nanti x dp makan kan.

So setelah berhempas pulas di dapur, ni la masakan aku. Sila meliurkan diri semua!!! Hiks..



Ni bahan yg aku guna utk memasak.......sila amik kertas dan teka ape bahan2 nie semua..... :)


Nanti aku akan post gambar aku berkelah di Ulu Yam eh. Aku x tdo dr mlm td nie. Xpela. Dpt rase air terjun segar balik aku nanti. X sabar la!!! Jom pi mandi manda di Ulu Yam!!

Friday, December 4, 2009

Lesen KU yg MAMPOS

Kisah kali ni aku nak korang tau betapa adventurous nya perjalanan aku nak mengHIDUPkan balik lesen aku yg dh mati pd 30NOV09.

Semlm aku pi Pertama Kompleks. Kwn aku kate ade JPJ kat sane. So menapak la aku dgn kwn2 setia aku (diorg kna paksa ikut sbb aku letak pisau kat leher diorg). Hairi, Affa dan Zila. Konfiden giler jalan ke Pertama dgn bangganya. Kwn aku, Fay, kate JPJ kat tingkat 4. So ape lg, hik hok hik hok, sampai la tingkat 4. Sesampai ja, JPJ pn x nmpk. Bile tanye org, JPJ dh tukar ke Maju Junction. Siot tol. Mau aku gulai si Fay nie. Bg info salah. GRRRR!!!

So kami yg berempat ni dgn sayu dan layu nya berjalan itik ke Maju Junction. Nasib baik la tingkat 2. So ok la lg. Sekali dh sampai pintu masuk..Jeng…Jeng…Jeng…ce korang bace nota nie. Berasap x korang? Mase tu kami semua pi buat protes kat depan pintu tue. Geram tul la.


Hari ni aku pi kat post office dkat dgn tmpt keje aku. On the way ke masjid singgah jap. Nasib baik same way kalu idak, jdlah aku pemandu HARAM!! Alhamdulillah berkat hari Jumaat, nasib baik lesen aku bleh dibuat. Kali ni aku buat utk 5 tahun. So x payah la aku nak fakir pasal lesen utk 5 tahun lg. yeay!!!

Tuesday, December 1, 2009

Ratu Pah & Kedai Santeknya.....

Best x tajuk kat atas tu? Korang rase teruja x nak baca post aku kali ni? Sabar ok. Sediakan bantal masing2. Satu...dua....tiga....JOM TIDO!!! hehehe.

Okla. aku malas nak citer pasal benda yg berlaku kat aku arini. Mcm biasa. BOSAN. Aku ulang. BOSAN!! Kalu citer pasal keje n tempat keje, setiap hari ade je citer. Tp aku MALAS. Read my lips, M.A.L.A.S!! :)

Lepas pnat aku bekerja dgn hati yg sangat la bengkek, aku layan itu cerita Beauty Shop. Ala citer yg dibintangi oleh Queen Latifah. Korang pnah tgk x? Kalu tak pnah tgk, pi duk jauh2. Syuh! Syuh! (mcm menghalau ayam la plak aku ni).

Ok berbalik pd citer tu, aku gelak bergulin kat hall rumah aku. Dh jd mcm org kna rasuk pn ade la. Best giler citer nie. Aku dh beberapa kali nengok. Tp x igt bile last tgk. At least aku dpt hiburkan hati aku tgk citer nie sambil melantan satay ayam dan kuih lapis Cadbury. Hahahaha. Mampos la aku jd gemok balik. Baru je kat opis td org tegur aku kurus skit. (Sikit je? Siot la).

Part aku gelak x hengat, bile mase bebdak gurls tu pi mengumpat pasal sorg pekerja lelaki hitam ni yg diorg sangka adalah GAY. Lelaki ni pi minum secawan ape ntah dgn jari kelingking terangkat. Trus bebdak gurl nie buat tarian drag queen. Aku punye la x hengat gelak. Siap ulang dua kali. Best giler!!

Walau sehectic mana pn keje aku kat opis. Aku rase lega n happy bile tgk movie nie. Korang kalu tgh down ke sbb kucen mati ke, sembelit ke...aku syorkan tgk citer nie. X kering gusi korang membacanya. Layannnnn!!!