Saturday, January 31, 2009

Tetupai

Rabu aritu Aron tepon aku. Dia kata Fendi akan turun KL ujung minggu nie. Dia plan nak ajak aku n Fendi kuar hangout and makan2. Somewhere kat area KL. Aku "on" jer. Yela. Lame sgt x jumpa Fendi. Dia nie keje kat Kerteh. Jdnya x selalu la kami jumpa.

Ptg semalam kami telah membuat keputusan nak makan kat TUpai-TUpai. Hahaha. Pelik gak name dia. X phm napela diorg guna name binatang tue. Tapi nasib baik la dr nak pi Shogun, restoran Jepun yg ade sushi. Aku nie mmg la x leh bau shushi. Loya nak muntah. So diorg pn tukar plan disebabkan aku.

Outing kali nie bukan kami bertiga. Aku sempat berkenalan dgn 4 gadis yg comei2 belaka. Jun, Dini, Aemi dan Deela. Semuanya kwn2 Fendi. Walaupun kami baru je pertama kali berjumpa, tapi kemesraan kami dh mcm lame kenal. Mmg best kenal diaorg nie. The night was great!!!

Okla. Aku msl nak cerita pjg. Pnat. Hiks. Mau tak. Mlm td aku balik jam 2 lebih. Lepas balik dr Tetupai, singgah sahur kat umah Aron. Pok...pek...pok...pek...tau2 dh jam 1. Aku kena anta Fendi ke Bukit Jalil. Nasib baik x kat Sunway. Kalu idak...jam bapela aku nak sampai umah. Hiks. Jgn mare Fendi. Aku gurau ja.

Orait..nak blah nie...daa....

Wednesday, January 28, 2009

Lunch

Hari nie aku pandu keta ke opis. Kuar dlm jam 7.30 pg mcm tue. Sbk kan ramai yg masih cuti, jalan x jam. Best gilos. Sampai opis lg 10 min nak ke 8.00. So x perlu nak tergesa2 tag in.

Ni aku nak habaq pasai lunch aku td. Aku drive Nad and Meor ke Hartamas. Tmpt aku n kengkwn lepak mase lunch time. Aji Don name tmpt tue. X tau la betul ke idak.

Nak dijadikan cerita, sedang aku nak pi amik makanan, kawan aku cuit aku. Habaq kat aku Azhar Sulaiman ade kat sini. Tetiba aku terigt makcik aku kat kg. Makcik aku nie mmg big fan dia nie. Dulu dia nie berangan nak ke KL semata-mata nak jumpa Azhar Sulaiman. Kalu bleh nak dating dgn mamat nie. Aku tergelak mase tue sbb terigtkan angan2 mak jenin makcik aku. Sian. X tercapai impiannya nak berjumpa mamat nie. Sekali aku yg jumpa. Hahahahaha.

So aku mls nak amik port sgt. Sbb perut dh lapar, aku ignore jer. Malas. Yg penting lunch td aku makan nasi, ikan kembung masak asam pedas n kacang pjg tumis dgn tempe n soun. Sedap gilos.

Tuesday, January 27, 2009

Underworld vs Inkheart

Sepentangan aku di Ampang Galaksi. Menonton dua movie. Underworld dan Inkheart. Kira aku buat marathon la. Dah lama aku tak pergi menonton wayang dengan housemate aku. Aku dh janji kat dia nak menonton bersama lepas aku balik bercuti di kampung sempena raya cina nie. Jadinya inilah agenda aku.

Lepas saje menonton Underworld, aku dh mula penat. Mengantuk pn ade. Letih semacam jer. Hmmm.....Tapi aku gagahi juga. Alang2 dah sampai kan. Nanti bila lg aku nak menonton. Pasti lepas nie jadual kerja aku semakin sibuk dan padat dengan mcm2 agenda.

Bg aku, aku mmg berpuas ati dengan filem Underworld nie. Tidak mengecewakan langsung. Aku ni bukan seorg pengkritik filem yg bertauliah. Tapi aku nak meluahkan perasaan yg aku alami masa menonton filem nie. Serius, aku seperti dapat merasakan diri aku nie dirotan2 sehingga tersiat2 belakang badan aku. Ngeri dan ngilu.

Manakala bg aku, Inkheart merupakan filem yg biasa-biasa saja bg aku. Jalan ceritanya agak perlahan terutama di bahagian permulaan. Ini menyebabkan scene klimaks seperti dipendekkan dan tidak dapat mencapai kepuasan yg aku perlukan. Rase sedikit kecewa kerna pelakon lelaki utamanya, aku suka terutama sekali ketika dia melakonkan watak utama dalam The Mummy series. Jika dibandingkan, bagaikan panggang dari api kepuasan yg aku peroleh.

Kerja

Hari tue aku dapat satu sms dr kawan aku. Bertanyakan tempoh aku akan bekerja kat tempat kerja aku nie. Bg dirinya, dia mungkin akan tinggal selama 10 tahun paling maksimum. Aku tidak memberikan jawapan bg persoalan ini. Kerna aku sendiri tiada jawapan untuknya. Ya...tidak semua persoalan aku boleh menjawabnya. Tidak semua persoalan ada jawapannya. Kadangkala ia lebih bagus jika persoalan itu dibiarkan sahaja.

Fikiran aku terdetik. Pernah juga kawan aku yg lain bertanyakan persoalan yg same. Jawapan aku pd masa itu, "Aku akan setia dgn *** dan takkan pergi ke tempat lain". Begitu sayangnya aku terhadap tempat kerja aku nie. Tapi kini, aku membisu. Membisu kerna aku sangsi dgn jawapanku yg dulu. Perlukah aku menggunakan jawapan sama? Adakah ia masih sama ataupun aku telah berubah hati?

Yg pasti buat masa ini, aku tidak mahu memikirkan perihal ini. Biarlah. Aku reda dgn takdir yg telah Allah tuliskan utk ku. Aku percaya bahawa setiap yg termaktub dalam Qada dan Qadar aku nie ada hikmah di sebalik dan sesungguhnya terbaik utkku dan org sekelilingku.

Pengumuman

Hari ni aku mendeletekan posting blog aku yg lame. Aku nak mulakan lembaran baru. Walaupun banyak memori yg aku garap tp aku rase aku nak mulakan semula. Jangan ditanya mengapa aku berbuat sedemikian. Aku tiada jawapan pasti utk itu.

Kisah yg lalu biarkan berlalu. Aku ingin maju ke hadapan. Berbekal memori-memori lama sebagai tunjang untuk aku hidup, aku melangkah. Walaupun setapak, namun itula permulaan.