Tuesday, January 27, 2009

Underworld vs Inkheart

Sepentangan aku di Ampang Galaksi. Menonton dua movie. Underworld dan Inkheart. Kira aku buat marathon la. Dah lama aku tak pergi menonton wayang dengan housemate aku. Aku dh janji kat dia nak menonton bersama lepas aku balik bercuti di kampung sempena raya cina nie. Jadinya inilah agenda aku.

Lepas saje menonton Underworld, aku dh mula penat. Mengantuk pn ade. Letih semacam jer. Hmmm.....Tapi aku gagahi juga. Alang2 dah sampai kan. Nanti bila lg aku nak menonton. Pasti lepas nie jadual kerja aku semakin sibuk dan padat dengan mcm2 agenda.

Bg aku, aku mmg berpuas ati dengan filem Underworld nie. Tidak mengecewakan langsung. Aku ni bukan seorg pengkritik filem yg bertauliah. Tapi aku nak meluahkan perasaan yg aku alami masa menonton filem nie. Serius, aku seperti dapat merasakan diri aku nie dirotan2 sehingga tersiat2 belakang badan aku. Ngeri dan ngilu.

Manakala bg aku, Inkheart merupakan filem yg biasa-biasa saja bg aku. Jalan ceritanya agak perlahan terutama di bahagian permulaan. Ini menyebabkan scene klimaks seperti dipendekkan dan tidak dapat mencapai kepuasan yg aku perlukan. Rase sedikit kecewa kerna pelakon lelaki utamanya, aku suka terutama sekali ketika dia melakonkan watak utama dalam The Mummy series. Jika dibandingkan, bagaikan panggang dari api kepuasan yg aku peroleh.

No comments:

Post a Comment