Tuesday, January 27, 2009

Kerja

Hari tue aku dapat satu sms dr kawan aku. Bertanyakan tempoh aku akan bekerja kat tempat kerja aku nie. Bg dirinya, dia mungkin akan tinggal selama 10 tahun paling maksimum. Aku tidak memberikan jawapan bg persoalan ini. Kerna aku sendiri tiada jawapan untuknya. Ya...tidak semua persoalan aku boleh menjawabnya. Tidak semua persoalan ada jawapannya. Kadangkala ia lebih bagus jika persoalan itu dibiarkan sahaja.

Fikiran aku terdetik. Pernah juga kawan aku yg lain bertanyakan persoalan yg same. Jawapan aku pd masa itu, "Aku akan setia dgn *** dan takkan pergi ke tempat lain". Begitu sayangnya aku terhadap tempat kerja aku nie. Tapi kini, aku membisu. Membisu kerna aku sangsi dgn jawapanku yg dulu. Perlukah aku menggunakan jawapan sama? Adakah ia masih sama ataupun aku telah berubah hati?

Yg pasti buat masa ini, aku tidak mahu memikirkan perihal ini. Biarlah. Aku reda dgn takdir yg telah Allah tuliskan utk ku. Aku percaya bahawa setiap yg termaktub dalam Qada dan Qadar aku nie ada hikmah di sebalik dan sesungguhnya terbaik utkku dan org sekelilingku.

No comments:

Post a Comment