Sunday, February 15, 2009

LO

Hmmm....kediaman aku selama beberapa minggu nie akhirnya berakhir. Bukan ku mendiam kerna membawa diri tp tanggungjawab yg kupikul bebaru ni tidak mengizinkan aku untuk menukil. Kini semuanya telah berakhir. Jd aku mula menukil.

Beberapa minggu yg lalu, aku begitu sibuk dgn tugasku sebagai "Laision Officer". Tugas untuk menjadi penghubung dan pengendali kepada jemputan company aku. Kerja yg memenatkan tp begitu byk pengalaman yg aku perolehi.

Awalnya aku ditugaskan utk menjaga 3 org speakers. Ketiga2 nya dtg dari US. Tp salah seorg dr mereka tidak dpt hadirkan diri kerna masalah kesihatan. Maka akhirnya aku kena menjaga dua daripada mereka. Bukan mudah utk menjaga dua org yg mempunyai keinginan yg berbeza. Tp masa menentukan segalanya. Walaupun masa begitu sempit tp akhirnya aku berjaya juga menjalankan tugasku sebagai seorg LO.

Event kali nie membawa seribu pengalaman buatku. Bukan setakat kepenatan yg aku peroleh tp pengalaman berkenalan dgn org2 baru...membuatkan ia satu memori yg tiada nilainya.

Di kesempatan ini, ku ingin mengucapkan terima kasih yg x terhingga kepada semua yg telah membantu aku selama....terima kasih semua...tanpa kalian aku tidak akan dpt berdiri dan menempuh segala ini dgn sendiri...dan terima kasih ku jua untuk memori yg kita lakarkan....

No comments:

Post a Comment